Video dibawah adalah dari Ustazah Aishah Hashimee. Lihat sahaja adik Abdullah ini yang menjawab sambungan ayat yang diajukan kepadanya. Menurut kata ibunya, ini adalah dinamakan ujian tebuk atau ujian hafazan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang adik ini, boleh layari www.cinta-rasul.blogspot.com .
Terbaru : Ustazah Aishah Hashimee dan Ustaz Amri Nason sudah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk "3 Langkah Mudah Didik Anak Hafal Quran" Untuk sesiapa berminat berkongsi cara dan kaedah beliau mengasuh anaknya sendiri dirumah sehingga berkemampuan seperti video dibawah, dapatkan ebook ini di http://islamicparentingnetwork.net/pages/ebook.php
Yang bawah ni pula adalah anak kepada Puan Nurhayati Rosly. Kata beliau, ketika ditanya adakah anaknya dah kenal ABC juga selain Huruf Hijaiyah kerana melihat dari videonya seperti sudah kenal.. Untuk pengetahuan, mereka sekeluarga tinggal di Jepun ketika ini.
Katanya :
"Anak saya memang dah kenal ABC dari umur 1 tahun lebih lagi, by the time umur dia 20 bulan, dia boleh kenal dan baca A-Z.
"Anak saya memang dah kenal ABC dari umur 1 tahun lebih lagi, by the time umur dia 20 bulan, dia boleh kenal dan baca A-Z.
Sekarang ni saya pun tengah korek tips dari blog darwishndarwisya.blogspot.com macamana nak ajar dia hafal surah lazim."
Alhamdulillah, semoga puan berjaya mengajarnya ke langkah seterusnya..
Video dibawah ini pula dari Puan Rozana yang sedang mengajar anaknya mengulangkan surah pendek.. Adik Mawaddah ni suara serak-serak basah gitu.. Suka dengar. Belajar baik-baik ya. Kalau nak tahu tentang family adik ni boleh lawat http://permatahatiibu-rozana.blogspot.com/
1 comment:
subhanaAllah, bersamaan fitrah kanak-kanak yang mmg suci. syukur sangat tengok mereka boleh hafaz Al-Quran pada usia yang sangat muda. Mungkin pengirim video boleh berkongsi petua mereka mendidik anak-anak ini menghafaz Al-Quran,InshaAllah =)
Post a Comment