Terima kasih kepada Ustazah Aishah Hashimee dari blog http://cinta-rasul.blogspot.com/ atas 5 buah video puteranya dibawah ini. Untuk pengetahuan pembaca, kedua-dua anak lelaki beliau, Muhammad Abdul Rahman dan juga adiknya Abdullah yang berusia 2 tahun, sudah beberapa kali membaca di majlis yang diadakan di Pusat Tahfiz Mutmainnah yang diasaskan oleh Ustaz Shahril Long, seorang pendakwah bebas yang terletak di Kedah. Bapa kedua beradik ini, Ustaz Amri Nason merupakan
Pengetua Pusat Tahfiz tersebut. Pusat Tahfiz ini hanya menerima kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun keatas.
Semoga satu hari nanti kedua pasangan ini dapat membuka 'Nursery Tahfiz/Tadika Tahfiz' untuk bayi dan kanak-kanak awal tahun melihatkan kejayaan mereka mendidik anak sendiri dan pengalaman mereka mengendalikan Pusat Tahfiz.

Tajuk Video : Mengenal Huruf Pada Umur 2 Tahun
Tajuk Video : 2 Tahun Surah Ar Rahman (1-6)
Tajuk Video: 3 Tahun, Surah As Shams
Tajuk Video : 4 Tahun, Surah Al Fatihah dan At Tin
Tajuk Video : 4 Tahun, Surah Ad Dhuha dan Ar Rahman (1-15)
Terima kasih juga kepada Puan Rozana dari Blog http://permatahatiibu-rozana.blogspot.com/ atas 2 video di bawah ini.. Sebuah video dari puterinya yang paling bongsu dan sebuah lagi video dari puteranya yang ke 3.
Tajuk Video : Mengenal Huruf Pada Umur 2 Tahun
Berikut adalah video Adik Muhammad, putera ke 3 Puan Rozana yang berusia 6 tahun yang mula belajar menghafaz ketika umurnya 4 tahun dirumah, diajar sendiri oleh Puan Rozana. Kesinambungannya, anak beliau di masukkan ke Tadika ICDC (tadika islam) pada umur 6 tahun. Ramai ibubapa memilih untuk menghantar anak mereka ke tadika islamik kerana nilai tambah yang mereka perolehi untuk anak mereka yang mampu membaca dan menghafaz al quran selain dari mengetahui adab dan doa yang penting sebagai seorang muslim. Adik Muhammad telah pun menghafaz 27 surah juzuk amma setakat ini.
Tajuk Video : 6 Tahun, Surah At Tariq
No comments:
Post a Comment