Thursday, April 25, 2013

Kanak-Kanak 1 tahun Mengenal Huruf Hijaiyah

Nama Anak : Muhammad Arif Aiman, Muhammad Arif Syahmi
Nama Ibu    : Nurhafiza bt Yem
Nama Bapa : Mohd Syafiq bin Naim

Umur         :  1 dan 3 tahun

 Alhamdulillah kedua-dua anak bijak ini telah mengenal huruf. Tentulah si Abang mengenal dulu lalu mengajarnya kepada adik. Untung si Adik ada 3 cikgu. Abang, Ayah dan Umminya.

Kata Ibunya Puan Nurhafiza bt Yem... "Si adik mula diperkenalkan dengan flashcard sejak usia 1 tahun. Lebih cepat dapat bila abangnya sendiri yang mengajarnya. Si abang pula Alhamdulillah dah kenal semua huruf dan lebih suka mengajar adiknya sendiri"

Tahniah kepada kedua pasangan ini dan semoga kita sama-sama istiqamah ke peringkat seterusnya.


Sunday, May 6, 2012

VIDEO KANAK-KANAK 3 BULAN MEMBACA AL QURAN 



Nama Anak : Adik Jannatul Adni (Jannah)
Nama Ibu    : Puan Suhana binti Ismail
Nama Bapa : Mohd Faizal bin Zakaria
Umur         : 3 bulan


Dibawah adalah apa kata ibu Adik Jannah ni :

"Saya mama kepada Jannatul Adni yang pernah sms Puan Lina yang memaklumkan mengenai perkembangan positif anak saya dalam penerapan didikan Al-Quran. Alhamdulillah, saya dikurniakan suami yang sangat prihatin dalam menitikberatkan didikan yang terbaik untuk anak kami sejak dalam kandungan lagi. Setelah saya disahkan mengandung, dia akan memastikan tidur kami perlu dipasang dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran. Suami saya lah orang pertama yang memperkenalkan blog Puan Lina yang sarat dengan info dan panduan dalam mendidik anak-anak dengan permulaan asas didikan Al-Quran dari peringkat umur seawal bayi. Pada mulanya saya agak kurang yakin untuk mendidik anak saya yang masih bayi lagi. Tapi, suami saya yang banyak memberikan galakan dengan membeli segala bahan bacaan seperti buku-buku Al-Barqy, pelbagai CD bacaan ayat-ayat Al-Quran dan juga flash card. Dia jugalah yang sentiasa mengingatkan saya untuk membaca email dan blog Puan Lina. Dengan perkongsian info dan panduan yang amat bermanfaat dalam didikan anak-anak yang diberikan oleh Puan Lina melalui kiriman email kepada saya dan suami, saya terapkan dalam jiwa anak saya yang kini baru sahaja berusia 3 bulan.Selepas sahaja bayi kami lahir, suami saya pasti akan mendukung bayi kami dan mendodoikannya sambil membaca surah-surah di dalam Al-Quran dan zikir. Setiap kali selepas anak saya bangun dari tidur, sebelum tidur ataupun selepas mandi, saya mengambil masa untuk mengajarnya dengan penggunaan flash card dan bacaan surah-surah lazim. Subhanallah, hampir setiap kali bila saya dan suami saya membacakan surah seperti Al-Fatihah, 3 Qul dan surah-surah lain, anak saya turut mengikutnya (dalam bahasa dan intonasinya sendiri). Terima kasih di atas perkongsian ilmu yang amat bermanfaat untuk saya dan suami dalam mendidik anak kami supaya dapat mengikut jejak langkah seperti Darwisya dan Darwish. InsyaAllah...Ameen..."





VIDEO KANAK-KANAK 9 BULAN MENGENAL HURUF AL QURAN 

Nama :  Raisha
Umur : 9 bulan
Nama Ibu : Sujaihah Abu Hassan
Nama Bapa : http://sayangdisayang.com/

Dibawah adalah apa kata ibu adik Raisha :


"Saya ingin berkongsi video anak kecil saya yang ketika itu berumur 9 bulan sudah mula mengenal huruf hijaiyah. Harapan saya semoga video ini menjadi inspirasi kepada ibu bapa di luar sana untuk mengajar anak mereka seawal yang boleh .."









VIDEO KANAK-KANAK 4 TAHUN MEMBACA AL QURAN 

Nama :  Adik Siti Hajar binti Muhammad Sabri
Umur : 4 Tahun
Nama Ibu : Siti Noor
Nama Bapa : Muhammad Sabri


Dibawah adalah apa kata ibu adik Siti Hajar dalam mendidik anak-anak dengan al Quran :

"Anak saya Ahmad Muhsin bin Muhammad Sabri berumur 6 tahun (Aug 2012) dan Siti Hajar binti Muhammad Sabri 4 tahun (April 2012).
Sekarang bersekolah di Islamic Child Development Center ICDC di Ampang Jaya, sebuah sekolah Pra Tahfiz untuk kanak kanak berumur 4-6 tahun.
Saya baru enroll Ahmad and Hajar ke ICDC bermula Januari tahun ni tetapi resultnya, masyaallah, mengejutkan saya.


Untuk Ahmad, bermula dengan Iqra' 1 pada Januari 2012, dan berjaya membaca Iqra' 4 pada minggu pertama March.
Bacaan dalam solat boleh dikatakan sempurna (sesuai untuk kanak kanak berumur 6 tahun), sekarang sedang menghafal surat Al-Bayyinah. Surah surah pendek lain sudah berjaya di hafal. Alhamdulillah.
Di ICDC, doa, hadis dan sunnah juga di ajar seiringan.


Untuk pengetahuan Puan, saya masih lagi dalam proses merakamkan bacaan2 solatnya, surah, iqra dah hadis untuk memberi semangat kepada anak kecil ini untuk berusaha dengan lebih maju lagi."



Perjalanan Yang Masih Jauh

Setiap hari ada sahaja yang mengirimkan ucapan tahniah samada melalui emel mahupun di facebook saya. Setiap kali saya menerima ucapan ini, saya bertanya kepada diri sendiri.. Adakah aku layak untuk menerima perkataan itu? Tahniah adalah jika sesuatu itu sudah menempa kejayaan. Tetapi saya jauh lagi dari berjaya. Perjalanan saya dan anak-anak saya masih sangat jauh. Semoga saya dikuatkan semangat dan semoga Allah terus memberikan hidayahNya kepada saya dalam membentuk anak-anak saya. Jika tidak kerana hidayahNya.. saya yang tiada latar belakang pendidikan agama dan bukan dilahirkan dari keluarga yang 'kuat agama' bersuami pula dengan suami yang berpendidikan barat, MUSTAHIL untuk melahirkan anak yang 'beracuan' seperti yang sedia ada. Namun Allah s.w.t punya rancanganNya sendiri.

Dengan rasa rendah hati, saya meminta sesiapa yang terasa dan teringin menekan keyboard untuk mengirim perkataan itu kepada saya, simpanlah ia.  Gantikanlah ia dengan DOA supaya anak-anak kita sama-sama berjaya di dunia dan diakhirat nanti. InsyaAllah semoga kita diberi rezeki untuk memberi salam dan mengucapkan tahniah antara satu sama lain di sana nanti.

Selamat membaca blog perkongsian saya ini untuk langkah-langkah mendidik anak sendiri dengan al Quran. Ia sebenarnya mudah.. cuma perlu konsisten untuk mendapatkan hasilnya. Jika ada yang menginginkan perkongsian secara terus dan berdepan, saya jemput ke kursus yang saya adakan dibawah

Mengajar Al Quran Pada Bayi dan Kanak2 ( Peringkat Asas)      -      5 jam    <klik sini>
Mengajar Al Quran Pada Bayi dan Kanak2 (Peringkat Lanjutan)  -       5 jam   <klik sini>

Video dibawah adalah panduan peringkat-peringkat saya mengajar Darwish dari bayi. Ianya adalah jalan yang sama bagi kakaknya juga (Darwisya). Semoga video ini memberi serba sedikit idea untuk mengajar anak sendiri.




Video dibawah pula adalah video kelebihan surah Ar Rahman yang dibacakan oleh Darwisya Adrianna berumur 5 tahun. Mengikut para penghafal al Quran, surah Ar Rahman adalah antara surah yang sukar dalam banyak-banyak surah kerana perkataan yang sama diulang sebanyak 31 kali menyebabkan ianya mengelirukan. Namun ia tidak mustahil untuk dihafal oleh mana-mana kanak-kanak. Dibawah adalah buktinya..

Wednesday, March 28, 2012

Adik Aina Umur 3 tahun 4 bulan belajar menghafal

Adik Aina baru 3 tahun 4 bulan. Sicantik manis ni tengah belajar menghafal surah-surah al Quran. Senario mengajar kanak-kanak yang biasanya mereka tak boleh duduk betul dan diam macam kanak-kanak lebih besar. Namun mereka tetap belajar walau apapun cara mereka. Berdikit-dikit dan konsisten itu kuncinya..


Wednesday, February 1, 2012

Baby 3 Bulan Belajar Guna Flashcard


Terima kasih kepada Puan Rabiatul Nabila kerana sudi berkongsi video anaknya. Dibawah adalah coretan ibu kepada baby Zahratul Iman tentang perkembangan mengajar anaknya itu

"Dilatih sejak awal 3 bulan, dia memang menunjukkan minat. Bila saya tunjuk je flashcard memang dia akan membulatkan mata dan ikut saya menyebut walaupun bunyinya memang tak sama. In fact, kalau saya lambat bagi dia pegang kad, memang dia akan menjerit-jerit nyaring. Tengok pada respond dia, saya memang rasa dia cenderong belajar menggunakan flashcard. Sekarang saya dah ajar dia sampai huruf 'ya'. Tapi saya tak tekan sangat, saya ajar santai. Sambil mengajar sambil bergurau-gurau. Kadang-kadang saya selitkan juga dengan permainan lain bila mood dia tak baik, sebab takut dia boring."


Nama Baby: Zahratul Iman bt. Ahmad Izzuddin
Umur: 3 Bulan
Nama Ibu: Rabiatul Nabila bt Che Johar (24 Tahun)
Nama Bapa: Ahmad Izzuddin b. Abu Bakar (30 Tahun)


Monday, September 26, 2011

Alahai Comelnya Budak-Budak Ni Belajar Quran

Alhamdulillah saya telah menerima 3 video dari mereka yang sudi berkongsi perkembangan anak sendiri dalam proses mengajarkan Al Quran kepada cahaya mata mereka. Terima kasih kepada Ustazah Aishah Hashimee, Puan Nurhayati Rosly  dan Puan Rozana.


Video dibawah adalah dari Ustazah Aishah Hashimee. Lihat sahaja adik Abdullah ini yang menjawab sambungan ayat yang diajukan  kepadanya. Menurut kata ibunya, ini adalah dinamakan ujian tebuk atau ujian hafazan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang adik ini, boleh layari  www.cinta-rasul.blogspot.com .


Terbaru : Ustazah Aishah Hashimee dan Ustaz Amri Nason sudah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk "3 Langkah Mudah Didik Anak Hafal Quran" Untuk sesiapa berminat berkongsi cara dan kaedah beliau mengasuh anaknya sendiri dirumah sehingga berkemampuan seperti video dibawah, dapatkan ebook ini di http://islamicparentingnetwork.net/pages/ebook.php    






Yang bawah ni pula adalah anak kepada Puan Nurhayati Rosly. Kata beliau, ketika ditanya adakah anaknya dah kenal ABC juga selain Huruf Hijaiyah kerana melihat dari videonya seperti sudah kenal.. Untuk pengetahuan, mereka sekeluarga tinggal di Jepun ketika ini.


Katanya :

"Anak saya memang dah kenal ABC dari umur 1 tahun lebih lagi, by the time umur dia 20 bulan, dia boleh kenal dan baca A-Z.

Sekarang ni saya pun tengah korek tips dari blog darwishndarwisya.blogspot.com macamana nak ajar dia hafal surah lazim."

Alhamdulillah, semoga puan berjaya mengajarnya ke langkah seterusnya..







Video dibawah ini pula dari Puan Rozana yang sedang mengajar anaknya mengulangkan surah pendek.. Adik Mawaddah ni suara serak-serak basah gitu.. Suka dengar. Belajar baik-baik ya. Kalau nak tahu tentang family adik ni boleh lawat http://permatahatiibu-rozana.blogspot.com/




Thursday, April 14, 2011

Terima kasih kepada Puan Hidayah Abu Bakar dari blog http://www.mababyou.blogspot.com/ atas perkongsian video anaknya, Yusuf Fansuri, yang baru berusia 4 bulan. Video ini saya gunakan untuk memasukkan sebahagian tip-tip mengajar bayi yang saya praktikan sendiri pada anak saya. Diharap video ini boleh memberi idea kepada ibubapa lain yang masih kabur tentang bagaimana hendak mengajar anak mereka ketika mereka masih bayi.

Berikut adalah kata-kata Puan Hidayah tentang proses mengajar anaknya..

"Ketika Yusuf baru lahir, antara aktiviti semasa dalam pantang adalah perdengarkan padanya ayat suci al quraan, & mainkan nashid dari pakej Al Furqan yg telah ditransfer ke handphone saya. Nak pujuk Yusuf tidur pun saya mainkan ayat Al Quraan & nashid ini. Selepas tu saya cuba tunjukkan Flash Card Hijaiyah berbaris atas pada Yusuf & mendapat respon yang sangat positif dari dia.

Peringkat pertama bila saya tunjukkan Flash Card ini dia sengih2 aja. Kalau tengah menangis pun dia akan diam bila tengok Flash Card dilayangkan depan mata dia. Diam aja sambil memerhatikan satu demi satu Flash Card di tangan saya sampai habis.

Peringkat kedua, di usianya 4 bulan dia akan sengih2, gelak2 seronok sangat nampaknya tiap kali Flash Card dilayangkan depan mata dia. Rasanya, jika hendak dibandingkan permainannya yang lain2, dia paling teruja dengan Flash Card ini.

Manakala di peringkat ke 3, semasa lebih kurang usianya 5 bulan sehingga sekarang ni usianya hampir menjangkau 6 bulan, reaksi Yusuf berubah lagi, mula2 gelak bila nampak saya bawa keluar Flash Card ni untuk ajar dia. Ditepuk2nya Flash Card tu, sesekali saya perhatikan mulutnya bergerak-gerak macam mengajuk saya mengajar dia. Kalau ditarik Flash Card tu menangis, berebut2 nak capai kad dari tangan saya. Kalau dibiarkan, dia akan ramas2 & masuk dalam mulut Flash Card tu.

Bagi saya, tujuan perkongsian video ni bukan la nak tunjuk aksi saya berebut Flash Card dengan anak saya dan bukan juga untuk tunjuk anak saya dah hafal mana2 surah memandangkan dia pun baru berusia 4 bulan ketika video ini dirakam, masih bayi & belum boleh bercakap. Saya percaya semua tindak balas serta reaksinya berupa gelak ketawa, menangis, mulutnya terkumat-kamit mengajuk saya bahkan berebut kad dengan saya juga salah satu peringkat buat dia sebagai bayi sebelum dia benar2 menghafaz & memperdengarkan bacaan mana2 surah dari Al Quran kepada saya. Sehingga tiba waktu itu saya berdoa semoga Tuhan cekalkan hati saya, rajinkan diri saya untuk melatih anak saya menjadi seorang Pro Tahfiz di masa hadapan. Mudah-mudahan satu hari nanti saya berpeluang mengirimkan video Yusuf menghafal mana2 surah dari Al-Quraan ke ruangan ini, InsyaAllah"

Komen saya : Alhamdulillah Puan mempunyai idea untuk memulakannya awal dan dapat merakamnya untuk dikongsikan pada orang ramai. Ketika saya melakukan perkara yang sama pada anak saya dahulu, saya tidak terfikir untuk merakamkannya untuk dikongsikan disini. Pada waktu itu saya pun tidak tahu apa itu blog dan jauh sekali untuk menjangkakan satu hari saya akan berkongsi dengan ramai orang di ruangan internet seperti ini. Video ini sangat membantu untuk orang ramai mengetahui bagaimana melakukannya pada anak mereka. 


Belajar Mengenal Huruf Pada Umur 4 Bulan





Terima Kasih kepada Puan Norlin dan Encik Amir Izzani yang pertama kali menyumbangkan video anak mereka ke blog ini.

Berikut adalah kata-kata Puan Norlin tentang anaknya...

"Saya mulai melatih haikal dengan hafalan pada usia 2 tahun lebih, bermula dengan bacaan doa makan itupun sebab dia tertarik pada video baca doa anak rakan saya Murni, kemudian Alfatihah dan surah surah seterusnya. Haikal agak susah untuk duduk diam menghafal, anak lelaki memang cergas.Dia juga tidak boleh disuruh banyak kali membaca. Sehari paling banyak pun 2 kali iaitu pada waktu makan pagi dan waktu malam. Itulah waktu yang paling sesuai untuk dia. Saya gunakan teknik mengumpan macam Kak Lina buat pada anak lelaki Kak Lina. Umpan makanan selalunya yakult, gula gula, jus dan aiskrim. Sekarang Haikal baru dibacakan surah Al Maa'unn, harap dia boleh hafal surah ni.."

Komen saya : Alhamdulillah.. ada juga yang mencontohi cara saya dengan anak saya. Tapi lepas makan gula-gula jangan lupa suruh mereka gosok gigi nanti ada kaviti! Hehe.. Jika anak kita sudah berkemampuan untuk menghafal beberapa surah sebelumnya, surah yang seterusnya, yang baru adalah sama saja cara mengajarnya walaupun kita lihat surah tersebut makin lama makin nampak makin susah.




2 Tahun, Surah An Nas & Al Ikhlas








3 Tahun Surah Al Masad & Al Quraish




Terima kasih kepada Ustazah Aishah Hashimee dari blog http://cinta-rasul.blogspot.com/  atas 2 video anak mereka

Berikut adalah apa Ustazah Aishah katakan tentang anak mereka :

"Anak saya Abdullah, bercakap waktu membaca pada video pertama, dan video Abdul Rahman pula membaca surah al-Maarij sampai ayat 24...ada sedikit gannguan suara  dari adiknya dan juga duduk tidak berapa elok diakhirnya"

Komen saya : Takpe Ustazah, biasalah tu. Kita nak anak kita belajar dengan gembira dan tanpa tekanan. Mana boleh ikut disiplin ala madrasah gitu. Tak sesuai untuk mereka. Tapi kesannya pula, mereka ada gaya mereka sendiri pula waktu membacakannya. Bagi saya, asalkan mereka suka belajar, style dan gaya dimasukkan kemudian pun takpe.

2 Tahun, Surah Ar Rahman (1-12)







5 Tahun, Surah Al Maarij (1-24)





Monday, March 28, 2011

Terima kasih kepada Ustazah Aishah Hashimee dari blog http://cinta-rasul.blogspot.com/ atas 5 buah video puteranya dibawah ini. Untuk pengetahuan pembaca, kedua-dua anak lelaki beliau, Muhammad Abdul Rahman dan juga adiknya Abdullah yang berusia 2 tahun, sudah beberapa kali  membaca di majlis yang diadakan di Pusat Tahfiz Mutmainnah yang diasaskan oleh Ustaz Shahril Long, seorang pendakwah bebas yang terletak di Kedah. Bapa kedua beradik ini, Ustaz Amri Nason merupakan  
Pengetua Pusat Tahfiz tersebut. Pusat Tahfiz ini hanya menerima kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun keatas.



Semoga satu hari nanti kedua pasangan ini dapat membuka 'Nursery Tahfiz/Tadika Tahfiz' untuk bayi dan kanak-kanak awal tahun melihatkan kejayaan mereka mendidik anak sendiri dan pengalaman mereka mengendalikan Pusat Tahfiz.


Tajuk Video : Mengenal Huruf Pada Umur 2 Tahun









Tajuk Video : 2 Tahun Surah Ar Rahman (1-6)









                                                                     
Tajuk Video:  3 Tahun, Surah As Shams






Tajuk Video : 4 Tahun, Surah Al Fatihah dan At Tin







Tajuk Video : 4 Tahun, Surah Ad Dhuha dan Ar Rahman (1-15)







Terima kasih juga kepada Puan Rozana dari Blog http://permatahatiibu-rozana.blogspot.com/ atas 2 video di bawah ini.. Sebuah video dari puterinya yang paling bongsu dan sebuah lagi video dari puteranya yang ke 3.


Tajuk Video : Mengenal Huruf Pada Umur 2 Tahun





Berikut adalah video Adik Muhammad, putera ke 3 Puan Rozana yang berusia 6 tahun yang mula belajar menghafaz ketika umurnya 4 tahun dirumah, diajar sendiri oleh Puan Rozana. Kesinambungannya, anak beliau di masukkan ke Tadika ICDC (tadika islam) pada umur 6 tahun. Ramai ibubapa memilih untuk menghantar anak mereka ke tadika islamik kerana nilai tambah yang mereka perolehi untuk anak mereka yang mampu membaca dan menghafaz al quran selain dari mengetahui adab dan doa yang penting sebagai seorang muslim. Adik Muhammad telah pun menghafaz 27 surah juzuk amma setakat ini.


Tajuk Video : 6 Tahun, Surah At Tariq






Sunday, March 13, 2011

Blog Perkongsian Video Anak Anda

Blog ini adalah blog perkongsian video anak-anak kecil berumur (0-6 tahun) belajar MENGENAL dan MENGHAFAL alquran. Ia memasukkan video anak-anak kita dalam proses mendidik mereka belajar Al Quran. Jika anda mempunyai video anak anda mengaji, sila kongsikan bersama kami. Di harap dengan cara ini dapat membuka mata orang lain akan kemampuan kanak-kanak dan mampu untuk memotivasikan diri kita sendiri dan ibu bapa lain untuk terus melatih anak-anak kita sendiri.


Cara untuk berkongsi :

1.Jika anak anda sudah mencapai progres yang lebih dari bayi atau kanak-kanak seusia dengannya dalam masyarakat negara kita, videokannya.

2. Downloadkan video tersebut di youtube.com. Jika belum memiliki akaun youtube, 'create account' dulu di sini
 
3. Dapatkan link URL dan emailkan kepada linakarim2@gmail.com

4. Sertakan dalam emel anda tersebut dengan butir-butir seperti
a) Nama Anak yang divideokan dan umurnya ketika waktu itu
b) Nama ibu dan bapanya
c) Sejak bila anda melatih anak anda dan serba sedikit tentang progresnya.
d) Jika anda punya blog untuk dikongsikan, sertakan sekali.

5. Editing akan dilakukan terhadap video anda (tanpa mengusik video youtube asal anda) untuk memasukkan butir-butir yang anda berikan diatas sebelum dimasukkan ke blog ini.

Saya percaya anda sendiri akan seronok melakukannya selain ia akan dijadikan sebagai kenangan untuk anda dan anak anda bila dia dewasa nanti. Selamat Mendidik Mereka!

Melatih Kemahiran Membuat Persembahan Pada Kanak-Kanak

InsyaAllah jika sambutan memasukkan video kedalam blog ini adalah baik, saya bercadang untuk membuat pertandingan hafazan mengikut kategori umur. Ini bagi memberi peluang untuk anak-anak kita mengasah kemahiran berdepan dengan orang ramai. Dalam pada itu ia juga memberi motivasi pada anak tersebut dan kita sebagai ibu bapa mereka untuk meneruskan usaha dalam menguasai alquran.