Sunday, May 6, 2012

VIDEO KANAK-KANAK 3 BULAN MEMBACA AL QURAN 



Nama Anak : Adik Jannatul Adni (Jannah)
Nama Ibu    : Puan Suhana binti Ismail
Nama Bapa : Mohd Faizal bin Zakaria
Umur         : 3 bulan


Dibawah adalah apa kata ibu Adik Jannah ni :

"Saya mama kepada Jannatul Adni yang pernah sms Puan Lina yang memaklumkan mengenai perkembangan positif anak saya dalam penerapan didikan Al-Quran. Alhamdulillah, saya dikurniakan suami yang sangat prihatin dalam menitikberatkan didikan yang terbaik untuk anak kami sejak dalam kandungan lagi. Setelah saya disahkan mengandung, dia akan memastikan tidur kami perlu dipasang dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran. Suami saya lah orang pertama yang memperkenalkan blog Puan Lina yang sarat dengan info dan panduan dalam mendidik anak-anak dengan permulaan asas didikan Al-Quran dari peringkat umur seawal bayi. Pada mulanya saya agak kurang yakin untuk mendidik anak saya yang masih bayi lagi. Tapi, suami saya yang banyak memberikan galakan dengan membeli segala bahan bacaan seperti buku-buku Al-Barqy, pelbagai CD bacaan ayat-ayat Al-Quran dan juga flash card. Dia jugalah yang sentiasa mengingatkan saya untuk membaca email dan blog Puan Lina. Dengan perkongsian info dan panduan yang amat bermanfaat dalam didikan anak-anak yang diberikan oleh Puan Lina melalui kiriman email kepada saya dan suami, saya terapkan dalam jiwa anak saya yang kini baru sahaja berusia 3 bulan.Selepas sahaja bayi kami lahir, suami saya pasti akan mendukung bayi kami dan mendodoikannya sambil membaca surah-surah di dalam Al-Quran dan zikir. Setiap kali selepas anak saya bangun dari tidur, sebelum tidur ataupun selepas mandi, saya mengambil masa untuk mengajarnya dengan penggunaan flash card dan bacaan surah-surah lazim. Subhanallah, hampir setiap kali bila saya dan suami saya membacakan surah seperti Al-Fatihah, 3 Qul dan surah-surah lain, anak saya turut mengikutnya (dalam bahasa dan intonasinya sendiri). Terima kasih di atas perkongsian ilmu yang amat bermanfaat untuk saya dan suami dalam mendidik anak kami supaya dapat mengikut jejak langkah seperti Darwisya dan Darwish. InsyaAllah...Ameen..."





VIDEO KANAK-KANAK 9 BULAN MENGENAL HURUF AL QURAN 

Nama :  Raisha
Umur : 9 bulan
Nama Ibu : Sujaihah Abu Hassan
Nama Bapa : http://sayangdisayang.com/

Dibawah adalah apa kata ibu adik Raisha :


"Saya ingin berkongsi video anak kecil saya yang ketika itu berumur 9 bulan sudah mula mengenal huruf hijaiyah. Harapan saya semoga video ini menjadi inspirasi kepada ibu bapa di luar sana untuk mengajar anak mereka seawal yang boleh .."









VIDEO KANAK-KANAK 4 TAHUN MEMBACA AL QURAN 

Nama :  Adik Siti Hajar binti Muhammad Sabri
Umur : 4 Tahun
Nama Ibu : Siti Noor
Nama Bapa : Muhammad Sabri


Dibawah adalah apa kata ibu adik Siti Hajar dalam mendidik anak-anak dengan al Quran :

"Anak saya Ahmad Muhsin bin Muhammad Sabri berumur 6 tahun (Aug 2012) dan Siti Hajar binti Muhammad Sabri 4 tahun (April 2012).
Sekarang bersekolah di Islamic Child Development Center ICDC di Ampang Jaya, sebuah sekolah Pra Tahfiz untuk kanak kanak berumur 4-6 tahun.
Saya baru enroll Ahmad and Hajar ke ICDC bermula Januari tahun ni tetapi resultnya, masyaallah, mengejutkan saya.


Untuk Ahmad, bermula dengan Iqra' 1 pada Januari 2012, dan berjaya membaca Iqra' 4 pada minggu pertama March.
Bacaan dalam solat boleh dikatakan sempurna (sesuai untuk kanak kanak berumur 6 tahun), sekarang sedang menghafal surat Al-Bayyinah. Surah surah pendek lain sudah berjaya di hafal. Alhamdulillah.
Di ICDC, doa, hadis dan sunnah juga di ajar seiringan.


Untuk pengetahuan Puan, saya masih lagi dalam proses merakamkan bacaan2 solatnya, surah, iqra dah hadis untuk memberi semangat kepada anak kecil ini untuk berusaha dengan lebih maju lagi."



No comments: