Sunday, May 6, 2012

Perjalanan Yang Masih Jauh

Setiap hari ada sahaja yang mengirimkan ucapan tahniah samada melalui emel mahupun di facebook saya. Setiap kali saya menerima ucapan ini, saya bertanya kepada diri sendiri.. Adakah aku layak untuk menerima perkataan itu? Tahniah adalah jika sesuatu itu sudah menempa kejayaan. Tetapi saya jauh lagi dari berjaya. Perjalanan saya dan anak-anak saya masih sangat jauh. Semoga saya dikuatkan semangat dan semoga Allah terus memberikan hidayahNya kepada saya dalam membentuk anak-anak saya. Jika tidak kerana hidayahNya.. saya yang tiada latar belakang pendidikan agama dan bukan dilahirkan dari keluarga yang 'kuat agama' bersuami pula dengan suami yang berpendidikan barat, MUSTAHIL untuk melahirkan anak yang 'beracuan' seperti yang sedia ada. Namun Allah s.w.t punya rancanganNya sendiri.

Dengan rasa rendah hati, saya meminta sesiapa yang terasa dan teringin menekan keyboard untuk mengirim perkataan itu kepada saya, simpanlah ia.  Gantikanlah ia dengan DOA supaya anak-anak kita sama-sama berjaya di dunia dan diakhirat nanti. InsyaAllah semoga kita diberi rezeki untuk memberi salam dan mengucapkan tahniah antara satu sama lain di sana nanti.

Selamat membaca blog perkongsian saya ini untuk langkah-langkah mendidik anak sendiri dengan al Quran. Ia sebenarnya mudah.. cuma perlu konsisten untuk mendapatkan hasilnya. Jika ada yang menginginkan perkongsian secara terus dan berdepan, saya jemput ke kursus yang saya adakan dibawah

Mengajar Al Quran Pada Bayi dan Kanak2 ( Peringkat Asas)      -      5 jam    <klik sini>
Mengajar Al Quran Pada Bayi dan Kanak2 (Peringkat Lanjutan)  -       5 jam   <klik sini>

Video dibawah adalah panduan peringkat-peringkat saya mengajar Darwish dari bayi. Ianya adalah jalan yang sama bagi kakaknya juga (Darwisya). Semoga video ini memberi serba sedikit idea untuk mengajar anak sendiri.




Video dibawah pula adalah video kelebihan surah Ar Rahman yang dibacakan oleh Darwisya Adrianna berumur 5 tahun. Mengikut para penghafal al Quran, surah Ar Rahman adalah antara surah yang sukar dalam banyak-banyak surah kerana perkataan yang sama diulang sebanyak 31 kali menyebabkan ianya mengelirukan. Namun ia tidak mustahil untuk dihafal oleh mana-mana kanak-kanak. Dibawah adalah buktinya..

No comments: