Thursday, April 14, 2011

Terima kasih kepada Puan Hidayah Abu Bakar dari blog http://www.mababyou.blogspot.com/ atas perkongsian video anaknya, Yusuf Fansuri, yang baru berusia 4 bulan. Video ini saya gunakan untuk memasukkan sebahagian tip-tip mengajar bayi yang saya praktikan sendiri pada anak saya. Diharap video ini boleh memberi idea kepada ibubapa lain yang masih kabur tentang bagaimana hendak mengajar anak mereka ketika mereka masih bayi.

Berikut adalah kata-kata Puan Hidayah tentang proses mengajar anaknya..

"Ketika Yusuf baru lahir, antara aktiviti semasa dalam pantang adalah perdengarkan padanya ayat suci al quraan, & mainkan nashid dari pakej Al Furqan yg telah ditransfer ke handphone saya. Nak pujuk Yusuf tidur pun saya mainkan ayat Al Quraan & nashid ini. Selepas tu saya cuba tunjukkan Flash Card Hijaiyah berbaris atas pada Yusuf & mendapat respon yang sangat positif dari dia.

Peringkat pertama bila saya tunjukkan Flash Card ini dia sengih2 aja. Kalau tengah menangis pun dia akan diam bila tengok Flash Card dilayangkan depan mata dia. Diam aja sambil memerhatikan satu demi satu Flash Card di tangan saya sampai habis.

Peringkat kedua, di usianya 4 bulan dia akan sengih2, gelak2 seronok sangat nampaknya tiap kali Flash Card dilayangkan depan mata dia. Rasanya, jika hendak dibandingkan permainannya yang lain2, dia paling teruja dengan Flash Card ini.

Manakala di peringkat ke 3, semasa lebih kurang usianya 5 bulan sehingga sekarang ni usianya hampir menjangkau 6 bulan, reaksi Yusuf berubah lagi, mula2 gelak bila nampak saya bawa keluar Flash Card ni untuk ajar dia. Ditepuk2nya Flash Card tu, sesekali saya perhatikan mulutnya bergerak-gerak macam mengajuk saya mengajar dia. Kalau ditarik Flash Card tu menangis, berebut2 nak capai kad dari tangan saya. Kalau dibiarkan, dia akan ramas2 & masuk dalam mulut Flash Card tu.

Bagi saya, tujuan perkongsian video ni bukan la nak tunjuk aksi saya berebut Flash Card dengan anak saya dan bukan juga untuk tunjuk anak saya dah hafal mana2 surah memandangkan dia pun baru berusia 4 bulan ketika video ini dirakam, masih bayi & belum boleh bercakap. Saya percaya semua tindak balas serta reaksinya berupa gelak ketawa, menangis, mulutnya terkumat-kamit mengajuk saya bahkan berebut kad dengan saya juga salah satu peringkat buat dia sebagai bayi sebelum dia benar2 menghafaz & memperdengarkan bacaan mana2 surah dari Al Quran kepada saya. Sehingga tiba waktu itu saya berdoa semoga Tuhan cekalkan hati saya, rajinkan diri saya untuk melatih anak saya menjadi seorang Pro Tahfiz di masa hadapan. Mudah-mudahan satu hari nanti saya berpeluang mengirimkan video Yusuf menghafal mana2 surah dari Al-Quraan ke ruangan ini, InsyaAllah"

Komen saya : Alhamdulillah Puan mempunyai idea untuk memulakannya awal dan dapat merakamnya untuk dikongsikan pada orang ramai. Ketika saya melakukan perkara yang sama pada anak saya dahulu, saya tidak terfikir untuk merakamkannya untuk dikongsikan disini. Pada waktu itu saya pun tidak tahu apa itu blog dan jauh sekali untuk menjangkakan satu hari saya akan berkongsi dengan ramai orang di ruangan internet seperti ini. Video ini sangat membantu untuk orang ramai mengetahui bagaimana melakukannya pada anak mereka. 


Belajar Mengenal Huruf Pada Umur 4 Bulan





Terima Kasih kepada Puan Norlin dan Encik Amir Izzani yang pertama kali menyumbangkan video anak mereka ke blog ini.

Berikut adalah kata-kata Puan Norlin tentang anaknya...

"Saya mulai melatih haikal dengan hafalan pada usia 2 tahun lebih, bermula dengan bacaan doa makan itupun sebab dia tertarik pada video baca doa anak rakan saya Murni, kemudian Alfatihah dan surah surah seterusnya. Haikal agak susah untuk duduk diam menghafal, anak lelaki memang cergas.Dia juga tidak boleh disuruh banyak kali membaca. Sehari paling banyak pun 2 kali iaitu pada waktu makan pagi dan waktu malam. Itulah waktu yang paling sesuai untuk dia. Saya gunakan teknik mengumpan macam Kak Lina buat pada anak lelaki Kak Lina. Umpan makanan selalunya yakult, gula gula, jus dan aiskrim. Sekarang Haikal baru dibacakan surah Al Maa'unn, harap dia boleh hafal surah ni.."

Komen saya : Alhamdulillah.. ada juga yang mencontohi cara saya dengan anak saya. Tapi lepas makan gula-gula jangan lupa suruh mereka gosok gigi nanti ada kaviti! Hehe.. Jika anak kita sudah berkemampuan untuk menghafal beberapa surah sebelumnya, surah yang seterusnya, yang baru adalah sama saja cara mengajarnya walaupun kita lihat surah tersebut makin lama makin nampak makin susah.




2 Tahun, Surah An Nas & Al Ikhlas








3 Tahun Surah Al Masad & Al Quraish




Terima kasih kepada Ustazah Aishah Hashimee dari blog http://cinta-rasul.blogspot.com/  atas 2 video anak mereka

Berikut adalah apa Ustazah Aishah katakan tentang anak mereka :

"Anak saya Abdullah, bercakap waktu membaca pada video pertama, dan video Abdul Rahman pula membaca surah al-Maarij sampai ayat 24...ada sedikit gannguan suara  dari adiknya dan juga duduk tidak berapa elok diakhirnya"

Komen saya : Takpe Ustazah, biasalah tu. Kita nak anak kita belajar dengan gembira dan tanpa tekanan. Mana boleh ikut disiplin ala madrasah gitu. Tak sesuai untuk mereka. Tapi kesannya pula, mereka ada gaya mereka sendiri pula waktu membacakannya. Bagi saya, asalkan mereka suka belajar, style dan gaya dimasukkan kemudian pun takpe.

2 Tahun, Surah Ar Rahman (1-12)







5 Tahun, Surah Al Maarij (1-24)





1 comment:

Anonymous said...

Terima kasih kak lina....alhamdulllilah sekarang anak saya Adam Haikal sudah pun berjaya menghafal surah Al Maauun...saya teruskan ke surah Al khautar pula....saya masih gunakan cara yang sama....

teruja saya melihat Puan Hidayah melatih anak seawal usia dalam pantang lagi....saya akan cuba contohi untuk anak kedua saya Ahmed Yousuff yang sekarang berusia 6 bulan....

saya juga suka baca blog ustazah aishah, kreatif mendidik anak anak nya...

terima kasih kak lina menyediakan ruangan blog ini, boleh saya kenal ibu ibu lain, moga saya mampu mencontohi...

-Norlin pauzi-