Terima kasih kepada Puan Rabiatul Nabila kerana sudi berkongsi video anaknya. Dibawah adalah coretan ibu kepada baby Zahratul Iman tentang perkembangan mengajar anaknya itu
"Dilatih sejak awal 3 bulan, dia memang menunjukkan minat. Bila saya tunjuk je flashcard memang dia akan membulatkan mata dan ikut saya menyebut walaupun bunyinya memang tak sama. In fact, kalau saya lambat bagi dia pegang kad, memang dia akan menjerit-jerit nyaring. Tengok pada respond dia, saya memang rasa dia cenderong belajar menggunakan flashcard. Sekarang saya dah ajar dia sampai huruf 'ya'. Tapi saya tak tekan sangat, saya ajar santai. Sambil mengajar sambil bergurau-gurau. Kadang-kadang saya selitkan juga dengan permainan lain bila mood dia tak baik, sebab takut dia boring."
Nama Baby: Zahratul Iman bt. Ahmad Izzuddin
Umur: 3 Bulan
Nama Ibu: Rabiatul Nabila bt Che Johar (24 Tahun)
Nama Bapa: Ahmad Izzuddin b. Abu Bakar (30 Tahun)
1 comments:
ohh seawal 3 bulan yer kak, insyallah saya cuba latih anak saya nanti.. skang ni baru 2 bulan anak saya..
Post a Comment